Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kes Saman Lindsay Lohan Terhadap Grand Theft Auto V Kini Diteruskan

Siri permainan Grand Theft Auto kerap kali mencari ilham dari filem dan kejadian dunia sebenar sebagai asas kepada misi di dalam permainan mereka. Di dalam Vice City banyak meminjam elemen filem Scarface dan misi merompak GTA V pula meminjam dari filem Heat. Salah satu misi di dalam GTA V menimbulkan kemarahan pelakon Lindsay Lohan selepas permainan ini mula dijual. Lindsay mendakwa watak Lacey Jonas, seorang pelakon dengan masalah dadah dan kerap dikejar paparazzi mempunyai banyak persamaan dengan beliau.

Lindsay-Lohan-Saman-GTARockStar, pengeluar permainan ini tidak pernah mendapat kebenaran daripada beliau untuk menggunakan watak yang menyerupai beliau ini. Kes saman ini difailkan pada tahun 2014 dan kini akan dibicarakan di mahkamah. Kepada yang pernah memainkan misi Lacey Jonas, adakah anda merasakan watak ini mempunyai persamaan dengan Lindsay Lohan?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kes Saman Lindsay Lohan Terhadap Grand Theft Auto V Kini Diteruskan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info