Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ini Ialah Easter Egg Untuk Android N

Easter egg ialah paparan tambahan rahsia yang disorokkan dari pengguna. Ia hanya boleh diakses dengan mengikuti beberapa langkah tertentu pada skrin About Phone Android. Easter egg pertama kali muncul pada sistem operasi Android Gingerbread. Ia diakses dengan menekan perkataan Android version secara berkali kali. Pengguna kemudian dapat melihat gambar biskut Gingerbread versi zombie dan sebuah robot Android.

Android N Developer Preview boleh dimuat turun sejak semalam dan easter egg versi terkini Android ini telah ditemui. Ia diakses dengan melakar huruf “N” pada logo huruf N terpapar pada skrin selepas perkataan Android version ditekan beberapa kali. Sebuah permainan seakan Flappy Bird akan muncul dan kali ini anda boleh mengawal sehingga enam watak sekaligus. Sekiranya anda sudah memuat turun Android N Developer Preview, sila tonton video di atas untuk mencubanya sendiri.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ini Ialah Easter Egg Untuk Android N"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info