Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC Desire Eye, One E8 Dan One M8 Eye Mula Menerima Kemas Kini Marshmallow

Penggunaan Android Marshmallow pada peranti Android baru sahaja mencecah 2.3% sehingga awal bulan ini. Peratusan ini akan semakin meningkat dengan penjualan peranti baru dan juga kemas kini pada peranti lama. Kini tiba giliran tiga lagi peranti HTC menerima Marhsmallow iaitu HTC Desire Eye, One E8 dan One M8 Eye . Kemas kini secara OTA ia sudah mula diterima pengguna di Eropah, UAE dan China.

HTC One M8 EYEKami mempunyai sebuah One M8 Eye dan semasa artikel ini ditulis masih belum mendapat sebarang notifikasi kemas kini. Saiz muat turun adalah dilaporkan sekitar 1.6 Gigabyte. Pastikan peranti anda mempunyai ruang yang sepenuhnya sementara menanti kehadiran kemas kini sistem operasi yang amat dinantikan ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC Desire Eye, One E8 Dan One M8 Eye Mula Menerima Kemas Kini Marshmallow"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info