Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Harga Jualan Samsung Gear S2 by de GRISOGONO Diumumkan – Bermula Dari RM 59000 Seutas

Jam tangan pintar lebih banyak terjual tahun lalu berbanding jam tangan buatan Switzerland. Ini memaksa pengeluar jam tangan tradisional untuk menghasilkan jam tangan pintar mereka sendiri. de GRISOGONO ialah jenama barangan mewah yang bekerjasama dengan Samsung untuk menghasilkan Samsung Gear S2 by de GRISOGONO. Jam tangan ini diperlihatkan bulan lalu dan harga jualannya kini diketahui. Ia bermula dari $15000 (~RM 59000) seutas. Harga yang memang tidak marhaen dan jelas mensasarkan golongan berada.

Samsung-Gear-S2-by-de-GRISOGONO-2Samsung Gear S2 by de GRISOGONO ialah Gear S2 42 mm yang diberikan kerangka dan bahan binaan lebih premium. Kerangka jam kini disalut dengan emas ros dan roda bazel yang digunakan untuk navigasi ditempa dari emas tulen. Bagi menyerlahkan lagi kemewahan, 127 butir permata hitam dan putih ditatah pada kerangka jam tangan pintar Tizen ini.

Dari segi spesifikasi ia masih dilengkapi skrin 1.2″ SAMOLED, pemproses 1 GHZ Dua Teras Exynos 3250, RAM sebesar 512 Megabyte dan muatan dalaman 4 Gigabyte.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Harga Jualan Samsung Gear S2 by de GRISOGONO Diumumkan – Bermula Dari RM 59000 Seutas"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info