Sembang Maniac

Sembang-sembang je

OnePlus 2 Bakal Menyertakan Sokongan Pengimbas Cap Jari Untuk Sekuriti Tambahan

OnePlus telah hadir dengan beberapa teaser sebelum ini, mengatakan mereka akan menggunakan Snapdragon 810 dan port pengecasan berasaskan USB Type-C pada peranti OnePlus 2. Hari ini, mereka turut berkongsi mengatakan OnePlus 2 akan hadir dengan sokongan pengimbas cap jari terbina padanya.

OnePlus 2 Cap Jari

OnePlus mengatakan mereka akan menggunakan sensor pengimbas cap jari terbaik di pasaran pada telefon pintar mereka dalam menawarkan sekuriti tambahan untuk pengguna peranti berkenaan.

OnePlus turut mengatakan pengimbas cap jari mereka berfungsi lebih pantas daripada Apple TouchID, dan pengguna boleh mengakses peranti dengan hanya satu tap pada peranti mereka. Sebanyak lima profil cap jari boleh disimpan pada peranti untuk memudahkan anda membuat akses pantas melaluinya.

Dengan perkongsian terbaru ini, mungkin kita boleh melihat beberapa perkongsian lain daripada OnePlus untuk OnePlus 2 ini sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada bulan Julai ini



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "OnePlus 2 Bakal Menyertakan Sokongan Pengimbas Cap Jari Untuk Sekuriti Tambahan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info