Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Dilaporkan Berminat Mengambil-Alih Beberapa Perkhidmatan Web – Termasuk Shopify

Google dan pelbagai syarikat gergasi teknologi yang lain sering mengambil-alih beberapa syarikat lain dalam usaha untuk menambah portfolio mereka, disamping mendapatkan tenaga pakar dan pengguna sedia ada melaluinya. Terkini, ia dilaporkan Google dalam usaha untuk memperluaskan penawaran aplikasi memfokuskan perusahaan.

Beberapa syarikat dilaporkan dibawah radar Google yang menjadi sasaran pengambil-alihan mereka, termasuk salah satu yang popular adalah Shopify.

Shopify merupakan syarikat dari Kanada yang menawarkan kemudahan untuk sesiapa sahaja memulakan perkhidmatan e-dagang mereka dengan mudah. Shopify sedia ditawarkan di Malaysia, dan turut digunakan oleh perusahaan dan perniagaan.

Disamping Shopify, Google turut dikatakan berminat dengan Namely – salah satu syarikat memfokuskan sumber manusia dan pengurusan pekerja, dan beberapa syarikat yang lain.

Ia dikatakan Google masih pada peringkat awal perbincangan, dan masih tidak pasti lagi sama ada pengambil-alihan akan berlaku ataupun sebaliknya. Sekiranya ya, maka ia akan memberikan kelebihan kepada Google untuk turut bersaing dalam arena perusahaan yang tidak begitu difokuskan oleh mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Dilaporkan Berminat Mengambil-Alih Beberapa Perkhidmatan Web – Termasuk Shopify"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info