Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple iPad Pro Bersaiz 9.7-inci Dilaporkan Akan Hadir Dengan Storan Asas 32GB

Pada hari Selasa akan datang ini, Apple bakal memperkenalkan beberapa produk baru mereka – dimana antaranya adalah iPhone SE dan satu lagi adalah tablet terbaru mereka, iPad Pro bersaiz 9.7-inci.

Dengan nama iPad Pro sendiri, ramai boleh menyasarkan yang mana ia akan membawakan harga yang lebih tinggi daripada iPad Air biasa.

Kini, mengikut laporan awal, iPad Pro 9.7-inci dikatakan akan hadir dengan versi asas 32GB, dan menawarkan harga yang lebih tinggi berbanding iPad Air 2. iPad Pro 9.7-inci ini dikatakan merupakan variasi bersaiz sedikit kecil berbanding iPad Pro 12-inci sebelum ini.

Ia hadir dengan sokongan kebolehan menggunakan Apple Pencil sebagai stylus dan juga kebolehan memasang Apple Smart Keyboard. Disamping itu, ia turut dikatakan akan menawarkan sokongan speaker yang lebih baik untuk kebolehan menikmati multimedia.

Apple dikatakan akan terus mengekalkan iPad Air 2 pada harga asal, dan menawarkan iPad Pro 9.7-inci ini kepada pengguna yang inginkan lebih kuasa pemprosesan dan untuk tujuan penggunaan yang lebih produktif.

Kita akan mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan iPad Pro 9.7-inci ini pada pagi Selasa kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple iPad Pro Bersaiz 9.7-inci Dilaporkan Akan Hadir Dengan Storan Asas 32GB"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info