Nintendo NX ialah konsol terkini yang sedang dibangunkan oleh Nintendo. Tahun lalu paten pengawal permainan ini tertiris ke arena web. Ia mempunyai skrin sesentuh pada keseluruhan panel hadapan yang membolehkan pelbagai butang tambahan khas untuk permainan tertentu. Ini ialah penambah baikan dari sistem skrin yang digunakan pada Wii U sebelum ini.
Gambar pengawal permainan NX ini akhirnya tertiris menerusi Reddit dan beberapa perubahan dilakukan dari paten asal. Keseluruhan pengawal kini berbentuk bujur tanpa kawasan pemegang pada bahagian sisi. Penambahan juga diberikan dengan kamera dan pembesar suara pada bahagian bawah skrin. Rekaan ini kelihatan kurang ergonomik tetapi akan membuatkannya lebih menyerupai konfigurasi biasa pengguna memainkan aplikasi permainan pada peranti pintar.
Jika Sony mementingkan pembangunan VR dan Microsoft ingin menghasilkan Xbox One yang boleh ditambah kemampuan memproses, Nintendo juga mempunyai inovasi unik mereka tersendiri.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Gambar Pengawal Permainan Nintendo NX Tertiris"