David Hayter ialah Solid Snake dan apabila beliau digantikan oleh Kiefer Sutherland di dalam Metal Gear Solid V ramai peminat terkejut dengan berita ini. Alasan yang diberikan oleh Hideo Kojima pada waktu tersebut ialah MGS V akan lebih kelihatan seperti sebuah filem dan mengambil pelakon berpengalaman seperti Kiefer ialah langkah yang paling baik. David Hayter akhirnya meluahkan perasaan sebenar selepas disingkirkan dari melakonkan watak yang sangat sinonim dengan beliau menerusi podcast Game Informer.

Penyingkiran ini terlalu pedih bagi David dan beliau mengaku masih belum memainkan MGSV sehingga ke hari ini. David kini berharap pihak Konami akan memanggil beliau semula untuk menyuarakan Solid Snake sekiranya mereka berhasrat membangunkan permainan terbaru siri MGS. Nampkanya David Hayter amat berdendam dengan Hideo Kojima dan layak diberikan nama baru David Hater.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "David Hayter Mendedahkan Beliau Tidak Bepuas Hati Dengan Hideo Kojima"