Xiaomi Mi 5 ialah peranti kedua yang dilancarkan oleh Xiaomi hari ini dan dari segi spesifikasi ia memberikan saingan kepada LG G5, Samsung Galaxy S7 dan juga Sony Xperia X Performance. Peranti ini dilengkapi skrin 5.2″ IPS LCD QHD, diperkasakan pemproses empat teras Snapdragon 820, RAM LPDDR4 sebesar 4 Gigabyte dan muatan dalaman 128 Gigabyte UFS 2.0. Dari segi optik pula Mi 5 dilengkapi kamera utama 16 Megapixel sensor Sony IMX 298 dengan sistem pemfokusan PDAF.
Kamera utama ini mampu merakam video pada resolusi 4K. Kamera hadapan pula hanya sebesar 4 Megapixel tetapi mempunyai saiz pixel yang besar iaitu 2µm. Ini menjadikannya hampir serupa dengan kamera UltraPixel yang dihasilkan oleh HTC.
Dari segi bateri pula peranti ini dilengkapi bateri sebesar 3000 mAh. Seperti Xiaomi Mi 4S, Mi 5 mempunyai kerangka diperbuat daripada aluminium dan panel belakang diperbuat daripada bahan seramik. Panel belakang Mi 5 melengkung dan mempunyai rekaan yang sebelum ini dilihat pada Note 5 dan S7. Sebuah pengimbas cap jari pula diletakkan pada dagu peranti.
Sedang dikemaskini…
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Mi 5 Dilancarkan – Snapdragon 820 Dengan Kemampuan Rakaman 4K"