Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Flarum – Forum Sumber Terbuka Berasaskan PHP Dengan Rekaan Minimalis Dan Pelbagai Fungsi Menarik

Pada bulan Oktober 2014 yang lalu, satu projek yang dikenali sebagai Flarum muncul pada halaman Kickstarter. Flarum merupakan nama bagi aplikasi forum dalam-talian, dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP. Namun begitu pada 20 Oktober 2014, halaman Kickstarter Flarum membatalkan proses pengutipan dana disebabkan oleh beberapa faktor tertentu. Setelah beberapa bulan berlalu, akhirnya, pada penghujung Disember 2014, kod sumber Flarum kini diterbitkan pada halaman Github.


Aplikasi web Flarum ini dibangunkan oleh Toby Zerner, seorang pelajar jurusan perubatan dan juga seorang pembangun aplikasi. Sebelum Toby Zerner membangunkan Flarum, beliau membangunkan satu aplikasi forum dalam-talian lain yang dikenali sebagai EsoTalk. Menurutnya, Flarum merupakan versi EsoTalk yang dinaik-taraf, dimana kini ia menyertakan pelbagai fungsi baru seperti paparan multi-pane, sokongan pelayar web peranti mudah-alih, serta menekankan paparan antaramuka yang ringkas dan minimal.


Menurut Toby Zerner, proses pengutipan dana pada Kickstarter dibatalkan setelah beliau menerima pendapat daripada komuniti pembangun, bahawa lebih baik Flarum dibangunkan secara kolaborasi sumber terbuka bermula dari peringkat awal lagi jika objektif Flarum adalah untuk menjadikan ia sebagai aplikasi forum dalam-talian yang lebih baik untuk pengguna-pengguna internet. Ketika berita ini ditulis, Flarum masih lagi berada pada peringkat awal pembangunan dengan fasa terkini ialah pra-alfa.


Jika dibandingkan dengan aplikasi-aplikasi forum dalam-talian berasaskan sumber terbuka yang sedang meningkat populariti seperti Discourse dan NodeBB, pembangun Flarum memutuskan untuk menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP atas beberapa faktor, dan antaranya adalah:



  • aplikasi seperti Discourse dan NodeBB sedikit sukar untuk dipasang dan tidak menyokong shared hosting disebabkan oleh enjin pengaturcaraan yang digunakan oleh kedua-dua aplikasi tersebut

  • pembangun Flarum merasakan bahawa aplikasi-aplikasi forum lain yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP tidak lagi ideal untuk pengguna-pengguna internet masakini.


Sekiranya anda merupakan salah seorang pembangun web, mungkin anda boleh melihat dan mencuba Flarum ini. Anda juga turut boleh menyertai pembangunan Flarum, dan memberikan input anda dalam terus menambah-baiknnya, dan membantu komuniti internet yang lain.



Layari : Laman Flarum






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Flarum – Forum Sumber Terbuka Berasaskan PHP Dengan Rekaan Minimalis Dan Pelbagai Fungsi Menarik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info