Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Intel Membuat Pelaburan Sebanyak $24.8 Juta Pada Pengeluar Kaca Mata Pintar – Vuzix

VuzixIntel nampaknya benar-benar berminat dalam arena peranti boleh-pakai, terutamanya kaca mata pintar. Selepas mengumumkan kerjasama dengan pihak Luxoticca sebulan lepas, kini mereka dilihat membuat pelaburan di dalam syarikat Vuzix yang mana merupakan pengeluar kaca mata pintar boleh-pakai.


Pelaburan ini dilihat memberikan Intel hampir 30% pegangan, dan turut memberikan pihak Intel untuk mengundi dalam syarikat dengan pelbagai pemegang saham yang lain.


Vuzix sebelum ini telah memperlihatkan kaca mata pintar mereka yang menyokong peranti Android dan iOS pada tahun 2013 yang lepas.


Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui bilakah pihak Vuzix akan komersialkan kaca mata pintar mereka secara menyeluruh termasuk di pasaran Malaysia. Namun, satu perkara yang pasti adalah dimana pelaburan Intel ini akan memberikan mereka lebih dana dalam terus mempopularkan jenama mereka, dan turut menggunakan beberapa teknologi Intel pada produk mereka kelak.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Intel Membuat Pelaburan Sebanyak $24.8 Juta Pada Pengeluar Kaca Mata Pintar – Vuzix"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info