Sembang Maniac

Sembang-sembang je

WhatsApp Messenger Akan Menamatkan Sokongan Untuk Platform BlackBerry Pada Tahun Ini

WhatsApp Messenger merupakan salah satu platform permesejan yang popular di seluruh dunia, dan disokong pada pelbagai platform peranti mudah-alih. Menawarkan sokongan pada pelbagai platform boleh dikatakan agak sukar dan memakan sumber tenaga yang tinggi.

Bergerak ke hadapan, WhatsApp Messenger mengatakan mereka akan menamatkan sokongan untuk sejumlah platform pada penghujung tahun 2016 ini disebabkan oleh platform berkenaan tidak menyediakan beberapa perkara yang membolehkan WhatsApp menawarkan fungsi baru pada platform berkenaan.

Antara platform yang akan ditamatkan sokongan oleh WhatsApp adalah BlackBerry (termasuk BlackBerry 10), Nokia S40, Nokia Symbian S60, Android 2.1, Android 2.2 dan juga Windows Phone 7.1.

WhatsApp meminta pengguna menaik-taraf kepada versi terkini Android, iPhone atau Windows Phone sebelum penghujung tahun ini untuk kekal menggunakanya.

Langkah ini mungkin tidak mengejutkan pelbagai pihak, memandangkan kebanyakkan platform yang ditamatkan sokongan adalah platform yang lama. Namun, satu perkara yang mengejutkan adalah kerana WhatsApp menamatkan sokongan untuk platform BlackBerry sepenuhnya – termasuk BlackBerry 10.

Mungkinkah selepas ini lebih banyak aplikasi akan menamatkan sokongan untuk platform BlackBerry – apatah lagi dengan pihak BlackBerry sendiri lebih memfokuskan kepada platform Android.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "WhatsApp Messenger Akan Menamatkan Sokongan Untuk Platform BlackBerry Pada Tahun Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info