Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony Memperkenalkan Xperia X, Xperia X Performance Dan Xperia XA

Sony hari ini telah mengambil pentas utama, dan memperkenalkan tiga peranti dibawah jenama baru, iaitu jenama keluarga siri-X. Siri-X ini membawakan rekaan yang dikemaskini, dan tiga peranti tersebut adalah Sony Xperia X, Xperia X Performance dan juga Sony Xperia XA.

Sony Xperia X dan Xperia XA ini diposisikan sedikit atas berbanding dengan peranti keluarga pertengahan. Sony mengatakan ini merupakan evolusi jenama mereka, dan keiga-tiga peranti ini hadir dengan sokongan kamera, bateri dan rekaan yang baik.

Sony Xperia X

Spesifikasi penuh untuknya masih tidak diumumkan buat masa ini. Sony mengatakan Xperia X akan dijana menggunakan cip Snapdragon 650, sementara Xperia X Performance pula dijana dengan Snapdragon 820.

Bercakap mengenai ciri-cirinya, siri Xperia X ini menawarkan prestasi rakaman gambar yang sangat baik, dan ia dibangunkan dengan kolaborasi jurutera daripada bahagian kamera Sony Alpha. Sony mengatakan kamera pada peranti ini boleh membuat anda memilih objek, dan ia seterusnya meramal gerakan untuk membolehkan anda merakamkan gambar dengan baik.

Disamping itu, sokongan bateri sehingga dua hari turut disertakan pada peranti ini. Dari segi rekaan, Xperia XA membawakan rekaan skrin dari bucu ke bucu, dan menawarkan kaca yang melengung untuk memberikan keselesaan pada tangan.

Ketiga-tiga peranti ini akan mula dipasarkan dalam beberapa bulan lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Sony Memperkenalkan Xperia X, Xperia X Performance Dan Xperia XA"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info