Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Dilaporkan Membekalkan Skrin Dwi-lengkung Kepada Xiaomi, Huawei Dan Vivo

Skrin dwi-lengkung SAMOLED yang diperkenalkan pada Samsung Galaxy S6 Edge mungkin adalah skrin paling cantik di pasaran sekarang. Selama ini ia adalah skrin yang dianggap eksklusif untuk peranti keluaran Samsung. Apabila Blackberry Priv dilancarkan dengan skrin dwi-lengkung, ramai yang percaya panel AMOLED yang digunakan adalah dihasilkan oleh Samsung. Kini terdapat laporan mengatakan Samsung secara aktif memasarkan skrin dwi-lengkung mereka kepada pengeluar lain. Antara syarikat yang dilaporkan akan membeli skrin dwi-lengkung ialah Xiaomi, Huawei dan Vivo.

Galaxy NOte Edge M2300005

Malahan beberapa gambar Vivo XPlay 5 peranti dengan RAM sebesar 6 Gigabyte, yang tertiris jelas menunjukkan ia mempunyai skrin dwi-lengkung. Penawaran teknologi eksklusif ini kepada pengeluar lain adalah strategi Samsung untuk meningkatkan keuntungan syarikat. Pengeluaran skrin dwi-lengkung ini dilaporkan adalah lebih mahal dari biasa dan hanya dengan menjualnya secara besar-besaran Samsung dapat mencatatkan keuntungan. Kepada pengguna ini ialah berita yang baik kerana mereka mempunyai lebih banyak pilihan sekiranya mahu memiliki peranti dengan skrin dwi-lengkung.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Dilaporkan Membekalkan Skrin Dwi-lengkung Kepada Xiaomi, Huawei Dan Vivo"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info