Tidak berhenti setakat telefon pintar dan kamera 360-darjah, Samsung turut mengambil peluang untuk mengumumkan sebuah dongle kecil untuk kenderaan, dinamakan sebagai Samsung Connect Auto.
Dongle ini dipasang pada bahagian OBD II di kenderaan yang membolehkan ia membuat diagnosis dan memudahkan anda memantau status kenderaan anda.
Samsung Connect Auto membolehkan anda memantau beberapa perkara, termasuk kadar penggunaan minyak, jarak perjalanan, kaedah anda memandu, dan turut memberikan anda notifikasi dan amaran apabila kenderaan anda memerlukan pemeriksaan. Pengguna juga turut boleh memperbaiki kaedah memandu dalam memastikan kenderaan mereka kekal baik dan tidak membawa masalah.
Samsung Connect Auto dijana berasaskan kepada TizenOS, dan pengguna boleh memantau kenderaan mereka menggunakan aplikasi atau melalui desktop sebaik sahaja ia selesai dipasang. Samsung juga turut mengatakan mereka akan memperkenalkan sokongan mencari kenderaan pada masa akan datang.
Ia tidak diketahui lagi harga jualan peranti ini, dan ia dijangka akan dijual di pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu. Memandangkan Maxis kini mempunyai mDrive, mungkinkah kita akan melihat kedua-dua syarikat ini bekerjasama untuk pasaran tempatan?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Connect Auto Membolehkan Anda Memantau Status Dan Kesihatan Kenderaan Anda"