Robot dijangka menggantikan 5 Juta pekerjaan manusia menjelang 2020. Antara kerja yang akan diambil alih ialah pekerjaan kolar putih di pejabat. Di Sweden pekerjaan yang mungkin tidak akan lagi dilakukan oleh manusia ialah sektor pelupusan sampah. Robot-based Autonomous Refuse handling (ROAR) ialah prototaip robot pengutip sampah seakan Wall-E yang baru sahaja diperlihatkan oleh Volvo. Robot ini menggunakan sistem GPS dan LiDAR untuk mengesan kedudukan tong sampah sebelum mengosongkannya ke dalam lori sampah.
ROAR berfungsi secara berpasangan dengan sebuah dron quadrotor yang terlebih dahulu melakukan imbasan kawasan pengutipan sampah. Imej yang diambil kemudian dihantar ke ROAR dan robot ini akan mengenalpasti tong sampah yang perlu dikosongkan. Robot pengutip sampah ini dihasilkan dengan kerjasama Chalmers University of Technology, Mälardalen University dan Penn State University. Kepada pekerja pengumpul sampah anda tidak perlu risau tentang masa depan kerjaya anda dalam masa terdekat. ROAR masih lagi di peringkat percubaan dan tidak mampu melakukan tugas mengutip sampah sehandal manusia. Pekerjaan seperti ini menurut kerajaan tidak menarik minat rakyat Malaysia. Oleh itu sekurang-kurangya di Malaysia robot tidak akan menggantikan manusia sebaliknya jutaan pekerja asing akan menggantikan pekerja tempatan buat masa ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Robot Pengutip Sampah Seakan Wall-E Diperlihatkan Oleh Volvo"