Golden Axe, permainan orang gasar yang kami habiskan puluhan jam memainkannya ketika masih di sekolah rendah. Ianya sehampir mungkin kepada sebuah permainan Conan The Barbarian yang masih belum wujud pada waktu tersebut. Permainan klasik ini pernah dihasilkan semula beberapa tahun lalu tetapi ianya gagal mendapat sambutan kerana tidak mampu menandingi kehebatan permainan asal. Kepada yang tidak pernah memiliki konsol Sega Megadive, anda kini boleh memuat turun Golden Axe asal secara percuma menerusi Steam.
Sega menyertakan Golden Axe, Jet Set Radio (Jet Grind Radio). Hell Yeah Rabbit dan Sega Classics di dalam pakej muat turun percuma Make Love Not War 3. Anda boleh memuat turun pakej percuma bernilai RM79 ini sehingga 20 Februari ini. Sebagai peminat Jet Set Radio di Dreamcast kami turut teruja dengan muat turun percuma ini. JSR adalah permainan unik yang sehingga kini tidak ada yang meniru cara permainan kasut beroda dan menyonteng grafitti yang dipaparkan. Bagi mereka yang terlepas era Dreamcast, ini waktu yang terbaik untuk melihat mengapa JSR masih lagi dianggap sebagai permainan terbaik pernah dihasilkan untuk Dreamcast. Masa untuk bertemu dengan Professor K di Tokyo!
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Permainan Klasik Sega Seperti Golden Axe Kini Percuma Di Steam"