Pembelian Motorola Mobility oleh Lenovo pada harga $2.91 Billion ialah antara berita besar 2014. Syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan peranti mudah alih lebih 40 tahun yang lalu kini di bawah naungan syarikat yang tidak wujud ketika peranti mudah alih mula dihasilkan. Hanya beberapa minggu sahaja yang lalu Lenovo mengesahkan peranti Motorola yang mereka hasilkan tidak akan lagi menggunakan jenama Motorola. Sebaliknya hanya nama Moto akan dikekalkan mulai saat ini. Kini masa depan peranti Moto lebih jelas dengan pengumuman oleh Presiden Motorola Nick Osterloh di MWC2016.
Menurut beliau jenama Moto akan digunakan oleh kesemua peranti berspesifikasi tinggi keluaran Lenovo di bawah jenama Lenovo Moto. Kesemua peranti Lenovo Moto akan mengekalkan logo ikonik “M” Motorola. Peranti kelas pertengahan dan rendah pula akan menggunakan jenama Lenovo Vibe. Ini bagi mengurangkan kekeliruan di kalangan pengguna. Pada waktu yang sama peranti popular Motorola Moto G dan Moto E masih akan dihasilkan sungguhpun mempunyai spesifikasi yang lebih selari dengan keluarga Vibe. Ini adalah kerana nama Moto G dan Moto E sudah terkenal di kalangan pengguna dengan kualiti yang baik pada harga mampu milik. Nick Osterloh juga mengesahkan kesemua peranti mudah alih Lenovo kini direka sepenuhnya oleh pihak Motorola.
Ini pastinya berita menggembirakan bagi peminat jenama ini yang risau dengan apa yang bakal berlaku kepada peranti keluaran Motorola. Kepada pengguna di Malaysia ini juga bermakna di masa hadapan kesemua peranti Moto akan memasuki pasaran tempatan tanpa perlu tertanya-tanya bilakah mereka boleh membelinya dengan mudah. Tambah menarik fungsi kustomasi peranti Moto Maker juga akan boleh digunakan pengguna Malaysia. Hello Moto dan kami berharap jenama ini akan terus kekal menghasilkan peranti yang berkualiti di masa hadapan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Peranti Bersesifikasi Tinggi Lenovo Akan Menggunakan Jenama Moto, Vibe Untuk Peranti Kelas Pertengahan"