Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pelayar Web Samsung Kini Menyokong Pemalam Menghalang Iklan

Pengiklanan di laman web ialah isu yang hangat tahun lalu. Bagi laman web seperti kami, pengiklanan adalah keperluan bagi menanggung kos operasi dan membayar gaji kaki tangan. Inilah “bayaran” yang kami kenakan kepada pembaca yang mendapatkan berita teknologi secara percuma. Model pengiklanan untuk berita ini bukanlah perkara baru tetapi dengan pengenalan data terhad oleh syarikat telekomunikasi, menghalang paparan iklan ialah antara teknik yang digunakan pengguna bagi mengurangkan penggunaan kuota internet mereka.

Samsung-Internet-Adblock

Edisi terkini pelayar web Samsung Internet kini menyokong penggunaan pemalam menghalang iklan pada peranti pintar. Dengan kemas kini ini, pemalam seperti AdBlock Fast dan Crystal disokong bagi memberikan kemampuan melayari web tanpa sebarang gangguan iklan. Samsung nampaknya mengikuti langkah Apple yang memperkenalkan sokongan pemalam menghalang iklan pada pelayar Safari. Sekiranya anda menggunakan pemalam menghalang iklan, kami berharap anda menyenaraikan putihkan laman kami. Kami tidak menerima dana dari luar negara dan tidak mampu beroperasi tanpa sokongan iklan. Jika kami telah disenarai putihkan oleh anda, kami ucapkan terima kasih.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pelayar Web Samsung Kini Menyokong Pemalam Menghalang Iklan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info