Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Oppo R9 Bakal Hadir Dengan Fokus Terhadap Kamera?

Oppo R9 TeaserOppo mempunyai beberapa keluarga peranti mereka, dan terkini, kemaskini kepada keluarga R7 tahun lepas bakal hadir tidak lama lagi melalui pengenalan Oppo R9. Oppo sendiri telah hadir dengan teaser khusus untuknya – menandakan ia akan dilancarkan tidak lama lagi.

Oppo R9 masih kekal misteri buat masa ini, tetapi dari poster yang dikongsikan, ia dilihat akan memfokuskan kepada sokongan kamera pada peranti berkenaan.

Oppo pada MWC 2016 yang lepas, telah mengambil peluang untuk memperlihatkan beberapa teknologi baru mereka – iaitu berkaitan dengan bateri dan juga kamera. Melalui sokongan kamera baru, Oppo mengatakan mereka akan menawarkan sistem penstabilan imej pada sensor dan bukannya pada lensa seperti kebanyakkan peranti. Ia tidak diketahui sama ada teknologi baru ini akan diimplementasikan pada Oppo R9 ataupun sebaliknya.

Desas-desus juga mengatakan Oppo R9 akan dijana menggunakan cip Snapdragon 820 – walaupun tidak pasti kesahihannya. Sebelum ini, Oppo R7 hanya dijana menggunakan Snapdragon 615 sahaja, tetapi penggunaan cip yang lebih berkuasa ini semestinya diminati ramai.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Oppo akan memperkenalkan peranti baru mereka ini. Memandangkan mereka telah mula hadir dengan teaser, tidak mustahil untuk kita melihat ia diperkenalkan dalam masa sebulan dua lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Oppo R9 Bakal Hadir Dengan Fokus Terhadap Kamera?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info