Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC One A9 Mula Dijual Di Malaysia – Berharga RM2299

HTC Malaysia nampaknya telah mulakan jualan telefon pintar terbaru mereka di pasaran tempatan, iaitu HTC One A9. Telefon pintar HTC One A9 ini merupakan salah satu peranti berspesifikasi pertengahan daripada HTC, tetapi menawarkan beberapa ciri-ciri premium melaluinya.

HTC One A9 merupakan telefon pintar pertama dijana menggunakan Android 6.0 Marshmallow daripada HTC, dan mereka turut menawarkan kemaskini pantas untuknya.

HTC One A9

Dari segi spesifikasi, HTC One A9 hadir dengan skrin bersaiz 5-inci AMOLED, dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 617, dan untuk pasaran Malaysia ia hadir dalam versi memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan penstabilan imej optikal, dan kamera hadapan HTC Ultrapixel untuk selfie. Beberapa mod rakaman menarik turut disertakan, termasuk RAW, Hyperlapse dan yang lain.

Beberapa penjual tempatan telah mula menawarkan peranti ini di Malaysia, dan harga jualan rasminya menurut Brightstar Malaysia adalah RM2299. Pihak HTC Malaysia dijangka mengadakan acara pelancaran produk ini kelak pada bulan ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC One A9 Mula Dijual Di Malaysia – Berharga RM2299"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info