Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Kini Memaparkan Info Liga Super Malaysia Dan Liga Perdana Malaysia Dalam Bentuk Cards

Pada carian Google, sejumlah informasi dipaparkan dalam bentuk Cards untuk memudahkan pengguna mendapat informasi yang dicari dengan pantas dan mudah. Terkini, Google dilihat telah turut menambah sokongan untuk paparan info berkaitan dengan Liga Super Malaysia dan Liga Perdana Malaysia pada carian mereka.

Kini, apabila anda membuat carian kata kunci “Liga Super Malaysia” atau “Liga Perdana Malaysia”, anda akan dipaparkan informasi dalam bentuk cards – memudahkan anda mengetahui apakah perlawanan yang akan berlaku tidak lama lagi, disamping melihat skor semasa.

Google Now Liga Malaysia

Google Now Liga Malaysia

Pengguna juga turut boleh mengakses kepada bahagian berita, dan kedudukan pasukan semasa sekiranya mereka mengakses melalui peranti mudah-alih.

Pengenalan fungsi ini pada carian Google dilihat selari dengan liga baru yang akan bermula pada minggu hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google Kini Memaparkan Info Liga Super Malaysia Dan Liga Perdana Malaysia Dalam Bentuk Cards"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info