Bateri ion lithium menjadi sumber kuasa pilihan untuk majoriti peranti yang kita gunakan sekarang. Ia murah dihasilkan dan boleh dicas berkali-kali sebelum perlu diganti. Sungguhpun begitu bateri ini mempunyai satu kelemahan besar di mana ia mudah terbakar sekiranya menerima hentakan kuat atau berlalu kebocoran pada tubuh bateri. Beberapa insiden kebakaran melibatkan papan apung yang dan bateri vape membuatkan pihak berkuasa menyedari bahaya yang menyelinap di dalam bateri LiOn.
Bulan Januari lalu International Civilian Aviation Organisation (ICAO) menyarankan pengharaman bateri ini dari dibawa di dalam ruangan kargo pesawat. Hari ini secara sah ia akan diharamkan dari dibawa di dalam ruangan kargo bermula April ini. Arahan ini akan dipatuhi oleh kesemua syarikat penerbangan negara ahli ICAO seperti Malaysia. Pengharaman ini dijangka berkekalan sehingga 2018 kerana ICAO sedang menghasilkan ruangan kargo kalis api dan mampu memadamkan kebakaran sekiranya ia berlaku. Sebanyak 30% penghantaran bateri LiOn dunia dilakukan menerusi laluan udara tahun lalu dan pengharaman ini pastinya mendatangkan impak ke atas industri. Tetapi seperti biasa adalah lebih baik mencegah sebelum parah.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Bateri LiOn Diharamkan Dari Ruangan Kargo Pesawat Bermula April Ini"