Microsoft hari ini telah mula menghantar jemputan media kepada media antarabangsa, untuk sebuah acara khas yang dijadualkan pada 21 Januari (22 Januari waktu tempatan), dimana mereka dijangka akan berkongsi lebih lanjut mengenai sistem operasi Windows 10 mereka.
Microsoft sebelum ini sedia menawarkan Windows 10 Technical Preview, tetapi ia lebih ditujukan kepada para pembangun dan bukannya pengguna umum. Melalui acara khas ini, pihak Microsoft dijangka akan berkongsi lebih lanjut mengenai fungsi-fungsi khusus untuk pengguna awam melalui Windows 10 kelak.
Windows 10 menyertakan beberapa fungsi baru, termasuk sokongan desktop maya, menu Start, sokongan menjalankan aplikasi ModernUI pada tetingkat tersendiri, fokus lebih terhadap pengguna desktop, dan beberapa yang lain. Microsoft dijangka akan berkongsi mengenai Cortana pada Windows 10 pada acara bulan Januari ini, dan ia sedia tertiris sebelum ini.
Acara ini turut dijangka akan distrim secara langsung, membolehkan pengguna seluruh dunia turut menontonnya, dan mengetahui pembaharuan yang dibawakan bukan sahaja untuk desktop dan laptop, tetapi turut sama untuk telefon pintar dan juga Xbox.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Akan Berkongsi Lebih Lanjut Mengenai Windows 10 Pada 22 Januari"