Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi Remember The Milk Menerima Nafas Baru

Remember The Milk merupakan salah satu aplikasi yang popular beberapa tahun lepas, menawarkan kemudahan untuk pengguna membuat senarai perkara dan tugasan yang perlu dilakukan dan menguruskannya dengan lebih efisyen. Namun, selepas ketiadaan sebarang perkara baru untuk bertahun-tahun, aplikasi berkenaan kian dilupakan.

Kini, pembangunnya mula mencuba kembali untuk menarik pengguna menggunakannya semula dengan memperkenalkan nafas baru untuk aplikasi dan penawaran mereka.

Remember The Milk

Terkini, pengguna boleh menggunakan Remember The Milk pada web, Mac, iOS, Android, BlackBerry dan ia bakal turut hadir dalam bentuk aplikasi desktop untuk Windows tidak lama lagi.

Salah satu perubahan drastik adalah kini ia menawarkan antaramuka yang baru dan kemas, disamping menyertakan sejumlah fungsi baru termasuk kebolehan mewarnakan tag berbeza, berkongsi tugasan, sokongan notifikasi yang lebih baik dan mod offline. Beberapa fungsi ditawarkan secara percuma, dan sesetengahnya ditawarkan melalui pelan berbayar.

Ia tidak diketahui sama ada Remember The Milk ini akan dapat menarik kembali pengguna ke platform berkenaan ataupun sebaliknya – apatah lagi dengan sejumlah aplikasi lain yang menawarkan fungsi lebih kurang sama secara percuma.

Apa pun, bagi anda yang ingin mencuba, boleh mendapatkan aplikasi Remember The Milk baru ini hari ini pada pelbagai platform berbeza.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi Remember The Milk Menerima Nafas Baru"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info