Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Airbus Mempatenkan Kerusi Untuk Penumpang Gempal

Manusia semakin gempal dan di rantau Asia Tenggara rakyat 1Malaysia ialah juaranya. Kegempalan ini ialah masalah global yang semakin teruk sehingga keranda bersaiz XXL kini semakin laku jualannya di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Bagi individu berisi, menaiki kapal terbang di kelas ekonomi ialah sangat tidak selesa. Ini adalah kerana ruang punggung dan sisi pada rekaan kerusi yang wujud sekarang adalah terlalu kecil. Beberapa syarikat penerbangan Amerika Syarikat ini memaksa penumpang obes untuk membeli tempat dua duduk kerana berat mereka yang melebihi berat normal seorang individu semasa. Ini membawa kepada sebuah lagi masalah kerana tali pinggang sedia ada masih tidak cukup panjang untuk melilit perimeter perut golong gedempol ini.

Paten-Airbus-Kerusi-Gemuk-2

Airbus mempunyai jawapan kepada masalah dunia pertama ini dengan paten kerusi khas untuk penumpang gempal. Melalui paten yang baru difailkan ini, tempat duduk tiga sebaris kelas ekonomi boleh berubah menjadi tempat duduk untuk dua individu gempal. Ini dilakukan dengan menurunkan pembahagi  yang terbina di tempat duduk bahagian tengah. Kerusi yang sama juga boleh diubahsuai untuk menempatkan dua orang dewasa dan dua kanak-kanak. Ini bukanlah paten kerusi pesawat pertama yang difailkan Airbus. Sebelum ini mereka mempatenkan kerusi dengan tempat simpanan bagasi di bawah tempat duduk. Sebagai individu berbadan gempal rekaan kerusi ini amat kami nantikan.

Paten-Airbus-Kerusi-Gemuk-1



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Airbus Mempatenkan Kerusi Untuk Penumpang Gempal"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info