Wiko merupakan satu jenama yang mungkin masih asing dikalangan anda semua. Ia merupakan jenama dari Perancis dan baru sahaja dipasarkan di tempatan bermula beberapa minggu yang lalu. Terdapat dua model yang telahpun diperkenalkan dan salah satunya adalah Highway Pure 4G. Model Highway Pure 4G yang dibawakan Wiko untuk pasaran Malaysia mempunyai keunikannya tersendiri berbanding versi asal. Berikut merupakan 5 perkara yang anda perlu tahu mengenai model ini.
Nipis & Ringan
Salah satu keunikan Wiko Highway Pure 4G ini adalah ia diantara telefon pintar di pasaran yang nipis dan ringan. Dengan kenipisan 5.1mm dan seberat 98 gram, jika anda sukakan telefon pintar yang nipis, ringan dan bergaya, telefon ini semestinya wajib menjadi pilihan anda. Badannya juga dihasilkan dari aluminium, sekaligus memberikan kemasan kilat dan memukau. Sungguhpun telefon ini nipis, ia masih menyertakan jek audio, tidak seperti beberapa model dari jenama lain yang mengorbankan jek tersebut semata-mata ingin menjadi nipis.
Bertatahkan Kristal Swarovski
Wiko yang popular dengan slogan ‘Game Changer’ menekankan keunikan pada peranti mereka. Untuk Highway Pure 4G yang dipasarkan di Malaysia, ia merupakan versi yang turut dihiasi 16 butir kristal ternama iaitu Swarovski Zirconia. Kristal ini ditatahkan pada butang kawalan tahap bunyi pada sebelah kiri peranti, manakala selebihnya ditatahkan pada butang kuasa peranti ini yang terdapat disebelah kanan. Jika anda memikirkan untuk memberikan hadiah yang elegan kepada teman wanita, telefon pintar ini pasti dapat memenuhi syarat anda.
Kapasiti Storan Sebesar 32GB
Satu lagi perkara yang agak berbeza dengan versi antarabangsa ialah telefon untuk pasaran Malaysia ini turut menyertakan kapasiti storan sebesar 32GB. Meskipun telefon ini tidak dilengkapi kad Mikro-SD, dengan kapasiti storan sebesar 32GB ia mungkin cukup untuk kegunaan asas, menyimpan gambar, lagu, video dan apa sahaja perkara yang lain pada peranti ini. Telefon ini juga dilengkapi dengan 2GB RAM, kapasiti RAM yang cukup untuk sebarang pemprosesan yang diperlukan oleh peranti ini.
Kawalan Kamera Yang Pelbagai – Kamera Utama 8MP
Bagi anda yang mengutamakan fungsi kamera pada sesuatu peranti, telefon pintar Wiko Highway Pure 4G ini turut disertakan dengan mod ‘Professional Shot’. Mod ini membolehkan pengguna memanipulasi tetapan sewaktu merakam gambar, seperti tetapan ISO, White Balance, Sharpness, dan juga Exposure. Terdapat juga penanda kestabilan pada rakaman ini, membolehkan pengguna menghasilkan gambar yang bagus. Sensor kamera utamanya adalah 8MP manakala kamera hadapan adalah 5MP
Fungsi Penjimatan Bateri
Telefon pintar yang nipis dan pipih ini mempunyai kapasiti bateri sebesar 2,000 mAh. Suatu kapasiti yang mencukupi untuk kegunaan seharian. Namun jika pada waktu-waktu kecemasan, mungkin tenaga bateri perlu dihadkan. Wiko Highway Pure dilengkapi dengan mod penjimatan bateri, dimana pengguna boleh mengaksesnya pada ruangan notifikasi dan mengaktifkan mod Super Low Power. Dengan mod ini, hanya fungsi-fungsi terpenting seperti SMS, Dialer, Contacts yang boleh diakses pengguna.
Telefon pintar dijual pada harga RM999 dan bagi mendapatkannya, anda boleh melawat pengedar rasmi Wiko di kedai berdekatan dengan anda dan juga mendapatkan maklumat berkenaan lokasi mereka menerusi halaman Facebook Wiko Malaysia.
Penafian: Advertorial dari Wiko
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "5 Perkara Menarik Mengenai Wiko Highway Pure 4G"