Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Redmi 3 Akan Menggunakan Snapdragon 616, Kamera 13-Megapixel PDAF, Dan Dwi-SIM Hibrid

Xiaomi telah hadir dengan beberapa teaser untuk peranti Xiaomi Redmi 3 sejak daripada penghujung minggu lepas, dan terkini, beberapa info-info baru turut hadir – sebelum pelancarannya rasminya yang akan berlaku esok, 12 Januari 2016.

Xiaomi sebelum ini telah mengatakan yang mana Redmi 3 akan hadir dengan skrin 5-inci dan rekaan berasaskan logam. Mereka juga telah mengatakan ia akan dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4100mAh untuk penawaran masa penggunaan yang lebih lama.

Xiaomi Redmi 3

Terkini, Xiaomi turut mengatakan peranti Redmi 3 mereka akan dilengkapi Snapdragon 616 untuk prestasi yang lebih baik berbanding dengan Snapdragon 410 sebelum ini.

Disamping itu, untuk tujuan rakaman gambar, ia akan dilengkapi dengan sokongan kamera 13-megapixel PDAF (Phase Detection Auto-Focus) untuk rakaman gambar yang pantas berbanding kamera peranti lain.

Pada bahagian SIM pula, peranti ini akan hadir dengan sokongan dwi-SIM, dimana ruangan SIM kedua berfungsi secara hibrid sama ada pilihan kad SIM atau kad mikro-SD sehingga 128GB.

Dengan pelbagai info yang telah diperlihatkan oleh Xiaomi ini, semestinya ramai yang akan nantikan adakah Xiaomi mempunyai sebarang kejutan untuk diumumkan esok, ataupun sekadar ini sahaja?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Xiaomi Redmi 3 Akan Menggunakan Snapdragon 616, Kamera 13-Megapixel PDAF, Dan Dwi-SIM Hibrid"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info