Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Skype Translator Kini Ditawarkan Kepada Semua Pengguna Windows – Terjemahan Video Masa-Nyata

Skype baru-baru ini telah memperkenalkan kemaskini kepada perisian desktop Windows mereka, sekaligus menyertakan salah satu fungsi baru yang menarik bersama-sama dengannya, iaitu kebolehan sokongan terjemahan masa-nyata untuk panggilan video, dinamakan Skype Translator.

Skype Translator

Menggunakan Skype, kini pengguna boleh mengaktifkan fungsi terjemahan masa-nyata, dan ketika anda berbual menggunakan video, ia akan membuat terjemahan masa-nyata kepada pemanggil anda dan juga sebaliknya.

Sebagai contoh, anda mungkin membuat panggilan kepada rakan anda di China, dan bercakap dalam bahasa Inggeris. Skype Translator, melalui teknologinya, akan membuat terjemahan masa-nyata kepada bahasa Mandarin – memudahkan lagi proses komunikasi anda kepada rakan anda di China, walaupun tidak mengetahui bahasa Mandarin. Begitu juga sebaliknya.

Skype Translator boleh digunakan untuk semua bahasa bagi terjemahan teks sahaja, sebaliknya untuk panggilan video, hanya beberapa bahasa utama sahaja yang disokong buat masa ini.

Muat-Turun Skype


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Skype Translator Kini Ditawarkan Kepada Semua Pengguna Windows – Terjemahan Video Masa-Nyata"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info