Sembang Maniac

Sembang-sembang je

PinMe Membolehkan Anda Menetapkan Sebarang Tetingkap Diposisi Teratas

Ketika menggunakan komputer, ada kalanya anda inginkan sesuatu tetingkap sentiasa berada pada bahagian atas, tidak kira apa tugasan atau anda sedang layari pada tetingkap lain. Beberapa perisian – sebagai contoh pemain media VLC menyertakan sokongan tersebut secara terbina, tetapi sejumlah besar perisian tidak mempunyainya.

Sekiranya anda sering memerlukan sesuatu tetingkap tersebut sentiasa berada di atas, salah satu perisian yang mungkin membantu anda adalah PinMe!.

PinMe

PinMe! merupakan sebuah perisian bersaiz kecil, membolehkan anda menetapkan sebarang perisian pada posisi teratas. Sebagai contoh, anda boleh aktifkan Notepad untuk mencatat nota pada bahagian posisi teratas, dan ia akan kekal berada di hadapan, walaupun anda membuka tetingkap lain dan menggunakannya pada bahagian belakang.

Satu lagi ciri yang diminati kami pada perisian ini adalah kebolehan mengawal kadar lutsinar pada sesuatu perisian, sekaligus membolehkan anda turut melihat tetingkap di sebaliknya pada sesuatu masa.

Bagi anda yang sering melakukan multi-tasking pada komputer anda, mungkin perisian ini salah satu yang akan diminati anda.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "PinMe Membolehkan Anda Menetapkan Sebarang Tetingkap Diposisi Teratas"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info