Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Piawaian Baru WiFi Menawarkan Jarak Penggunaan Yang Lebih Jauh

Dengan perkembangan peranti-berhubung, salah satu arena yang turut berkembang secara positif adalah teknologi berkaitan rangkaian telekomunikasi. Lanjutan daripadanya, terkini, WiFi Alliance telah mengumumkan dan mengesahkan piawaian WiFi terbaru mereka, 802.11ah atau turut dikenali sebagai “HaLow”.

WiFi AllianceMelalui piawaian terbaru ini, peranti akan berhubung pada gelombang 900MHz, sekaligus menawarkan jarak penggunaan WiFi yang lebih jauh berbanding penggunaan gelombang 2.4Ghz pada masa kini. Disamping itu, piawaian baru ini juga akan menggunakan tenaga yang lebih sedikit, dan menawarkan kadar penembusan dinding yang lebih baik.

Piawaian terbaru ini dilihat lebih memfokuskan kepada arena rumah pintar, dan juga peranti berhubung atau IOT yang semakin hangat diperkatakan akhir-akhir ini. Kebanyakkan peranti yang menyokong piawaian baru ini turut akan beroperasi pada piawaian sedia ada, iaitu pada 2.4Ghz dan juga 5Ghz.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Piawaian Baru WiFi Menawarkan Jarak Penggunaan Yang Lebih Jauh"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info