Pembangun permainan Clash of Clans, iaitu Supercell sedia mempunyai beberapa permainan dibawah jenama mereka, termasuk antaranya adalah Hay Day dan juga Boom Beach. Namun, boleh dikatakan permainan Clash of Clans adalah lebih popular – membuatkan mereka hadir dengan sebuah permainan susulan, dinamakan sebagai Clash Royale.
Clash Royale hadir dengan pelbagai watak daripada permainan Clash of Clans, dan menawarkan bentuk permainan yang sedikit berbeza.
Salah satu perbezaan utama adalah bentuk permainan Clash Royale ini, dimana ia menawarkan bentuk permainan masa-nyata, dimana dua pemain akan bersaing dalam menakluk pangkalan pihak lawan.
Dalam masa yang sama juga, ia membawakan bentuk permainan seperti beberapa permainan “kad”, dimana pemain boleh memenangi sesebuah kad, dan menaik-taraf watak permainan mereka.
Buat masa ini, Clash Royale hanya ditawarkan untuk muat-turun di beberapa buah negara dan ditawarkan untuk iOS sahaja. Supercell dijangka memperluaskannya kepada semua negara tidak lama lagi – dan menambah-baiknya berdasarkan maklumbalas orang ramai.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pembangunan Clash of Clans Hadir Dengan Permainan Susulan – Clash Royale"