Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Penyelidik Universiti Malaya Mencipta Lampu Jalan Solar & Kincir Angin Merangkap Perangkap Nyamuk

Meneruskan tema rekaan mesra alam dan lestari hari, Dr Chong Wen Tong seorang penyelidik di fakulti kejuruteraan mekanikal Universiti Malaysia berjaya mencipta lampu jalan yang unik. Ia sahaja hanya memerlukan tenaga solar dan angin untuk menjana sumber elektrik malahan mempunyai perangkap nyamuk terbina. Smart Outdoor Lighting System ini mempunyai panel solar pada bahagian atas dan sirip kincir udara pada bahagian sisi. Kincir udara vertical axis wind turbine (VAWT) yang digunakan dapat menjana 3.8 kali ganda lebih banyak tenaga elektrik dari udara yang bergerak kerana kehadiran kenderaan berbanding rekaan kincir berbentuk kipas biasa.

mart-Outdoor-Lighting-SystemPerangkap nyamuk pula dibina pada tiang lampu. Ia menipu deria nyamuk dengan menghasilkan gas karbon dioksida yang menyerupai kadar yang dihembuskan oleh tubuh manusia. Nyamuk akan tertipu dan diumpan untuk menghampiri perangkap yang kemudian menyedut mereka masuk seperti vakum. Smart Outdoor Lighting System dicipta bagi mengurangkan pergantungan kepada grid kuasa dan pada waktu yang sama mengurangkan masalah nyamuk aedes yang semakin meningkat di kawasan bandar. Masalah utama projek ini ialah kos. Lampu Smart Outdoor Lighting System menelan belanja $ 2850 (~RM 12350) sebatang namun  penjimatan elektrik dan pengurangan penyakit Aedes dalam jangka masa panjang dapat mewajarkan penggunaannya di sekitar Malaysia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Penyelidik Universiti Malaya Mencipta Lampu Jalan Solar & Kincir Angin Merangkap Perangkap Nyamuk"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info