Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Malaysia Di Tangga ke-38 Di Dalam Carta World Design Ranking 2015

Setiap tahun World Design Ranking akan menghasilkan carta kedudukan setiap negara di dalam dunia rekaan. Tahun 2015 sudah berakhir dan carta untuk tahun tersebut akhirnya diperlihatkan. Malaysia meningkat empat anak tangga ke tempat ke-38 berbanding ke-42 tahun lalu. Amerika Syarikat masih lagi utuh di tangga teratas dan Hong Kong adalah negara Asia yang berkedudukan tertinggi di tempat ketiga. Di rantau Asia Tenggara pula, Singapura adalah berada di kedudukan tertinggi iaitu di tangga ke14. Ini adalah peningkatan dari tangga ke 20 tahun lalu.

Kedudukan setiap negara di dalam carta World Design Ranking ditentukan oleh jumlah anugerah peringkat antarabangsa yang diterima oleh pereka dari negara-negara yang disenaraikan. Ekonomi negara mungkin kurang memberangsangkan pada tahun 2015, tetapi kemampuan menghasilkan rekaan industri negara masih menunjukkan peningkatan. Syabas kepada pereka negara yang berjaya mengharumkan nama negara dan memperbaiki kedudukan di mata dunia.

World-Design-Ranking-2015

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Malaysia Di Tangga ke-38 Di Dalam Carta World Design Ranking 2015"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info