Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Penyedut Hampagas Membersihkan Jerebu Dihasilkan Di Belanda

Musim panas melampau tiba lagi dan akan berlarutan sehingga bulan Mac. Perubahan iklim dunia akibat pemanasan rumah hijau dan El Nino dijangka menyebabkan jerebu  bakal kembali ke ke semenanjung Malaysia. Jerebu tahunan di Malaysia masih tidak kelihatan penyelesaiannya. Maka penggunaan teknologi baru mungkin antara yang boleh dilakukan untuk memulihkan kualiti udara.

Menara-Hampagas-Jerebu-1

Daan Roosegaarde seorang pereka dari Belanda mencipta mesin hampagas yang membersihkan jerebu di Rotterdam. Mesin hampagas ini membersihkan 30000 meter padu udara setiap jam. Ini bersamaan dengan isipadu 441 kontena kargo setiap jam. Menara setinggi 7 meter ini membersihkan udara dari partikel halus habuk menggunakan teknologi ion. Teknologi ion udara digunakan kerana ia boleh memerangkap debu halus. Penapis udara fizikal tidak mampu menyaring zarah debu yang kecil. Setiap menara hampagas ini hanya memerlukan 1400 watt untuk beroperasi.  Kesemua zarah debu yang ditapis kemudian dijadikan barangan kemas bagi menunjukkan debu jerebu sekalipun boleh dikitar semula kepada sesuatu yang berguna. Ini bukan rekaan pertama yang cuba menyelesaikan masalah jerebu. Kami pernah paparkan teknologi menyaring udara bagi menghasilkan bahan api serta mesin pancuran air gergasi yang membersihkan udara.

Menara-Hampagas-Jerebu-2

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Penyedut Hampagas Membersihkan Jerebu Dihasilkan Di Belanda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info