Tahun Baru Cina akan disambut dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. Sempena menyambut perayaan ini, Microsoft menghasilkan lapan Xbox One edisi khas yang dihasilkan oleh artis dari Hong Kong, Taiwan dan China. Kelapan-lapan rekaan bukanlah untuk dijual sebaliknya hanya sekadar projek seni melihat apakah terjadi sekiranya konsol Microsoft ini menerima sentuhan Asia Timur. Kami rasakan menarik edisi khas Tahun Baru China dihasilkan oleh Microsoft kerana jualan Xbox One di benua ini adalah amat mengecewakan. Hanya dua minggu yang lalu kami membaca laporan hanya 97 konsol ini terjual di Jepun dalam masa seminggu. Pada masa yang sama dianggarkan setakat ini 18 Juta Xbox One telah terjual di seluruh dunia berbanding lebih dari 30 Juta Sony PlayStation 4. Untuk melihat kesemua koleksi lapan konsol edisi khas dan cerita di sebalik setiap rekaan, sila ke pautan laman rasmi Xbox One di bawah.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Menghasilkan Lapan Xbox One Edisi Khas Tahun Baru Cina"