Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Meizu MX5 Diumumkan – Menggunakan Cip Helio X10, Kamera Belakang 20.7-Megapixel

Selain daripada Huawei yang melancarkan Honor 7 hari ini, satu lagi syarikat pengeluar peranti dari China yang memperkenalkan peranti baru mereka hari ini adalah Meizu. Meizu telah mengambil pentas utama di China hari ini dalam memperkenalkan telefon pintar utama terkini daripada mereka, iaitu Meizu MX5.

Meizu MX5 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, serta pelbagai penambah-baikkan berbanding dengan Meizu MX4 sebelum ini. Ia dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek Helio X10, serta memori 3GB RAM.

Meizu MX5

Pada bahagian hadapan peranti, Meizu menyertakan sokongan pengimbas cap jari dinamakan sebagai mTouch. Fungsi pembayaran dan sebagainya diumumkan ketika pelancaran, tetapi ia mungkin terhad kepada pasaran China sahaja buat masa ini.

Selain sokongan pengimbas cap jari, telefon pintar ini turut menyertakan sokongan dwi-SIM dimana kedua-duanya adalah bersaiz nano dan menyokong rangkaian 4G.

Meizu MX5

Meizu MX5

Meizu MX5 menggunakan bateri berkapasiti 3150mAh, dan ia turut dilengkapi sokongan pengecasan pantas dinamakan sebagai mCharge. Meizu mengatakan ia menyokong pengecasan sehingga 50% dalam masa lebih kurang 30 minit sahaja.

Pada setiap peranti, salah satu fokus utama yang diberikan adalah pada bahagian kamera. Meizu menggunakan kamera belakang 20.7-megapixel, serta dilengkapi dengan sokongan laser-autofokus. Menggunakannya, pengguna boleh memfokuskan sesuatu objek dengan pantas – pada masa kurang 0.2 saat. Untuk rakaman selfie pula, pihak Meizu menyertakan kamera hadapan 5-megapixel.

Seperti peranti Meizu sebelum ini, telefon pintar Meizu MX5 turut dilengkapi sistem operasi Android 5.0 Lollipop, dan dilengkapi dengan antaramuka tersendiri dinamakan sebagai FlymeOS. Meizu menggunakan FlyMe 4.5 pada telefon pintar terbaru mereka ini.

Meizu MX5

Meizu MX5 akan ditawarkan dalam tiga variasi storan – seperti biasa 16GB, 32GB dan juga 64GB. Ia akan ditawarkan di China bermula 1799 Yuan (~RM1094).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Meizu MX5 Diumumkan – Menggunakan Cip Helio X10, Kamera Belakang 20.7-Megapixel"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info