Google telah memperlihatkan peranti Project Tango mereka sebelum ini, dimana ia hadir dengan kamera belakang yang boleh mengimbas dan mengenal-pasti lokasi sekitar pengguna. Terkini, seperti dinantikan, Lenovo dan Google secara rasminya mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan peranti berasaskan Project Tango kepada pengguna umum.
Peranti daripada Lenovo ini kelak dikatakan bersaiz kurang daripada 6.5-inci, dan turut hadir dengan sokongan kamera 3D untuk mengimbas lokasi sekitar anda – dan mengenal-pasti sesuatu lokasi yang pernah dilawati menggunakan integrasi sensor GPS. Ia boleh membantu dalam pengguna bergerak di sesuatu lokasi, disamping turut boleh digunakan untuk beberapa tugasan – sebagai contoh, mengimbas bilik dan mendapatkan ukuran yang tepat ketika membeli sesuatu perabot.
Buat masa ini, pihak Google mahupun Lenovo tidak mengeluarkan sebarang info berkenaan spesifikasi atau bagaimana peranti berkenaan kelak akan diperlihatkan – sebaliknya hanya menunjukkan rekaan konsep sahaja.
Sebagai persediaan untuk pelancaran peranti ini, pihak Google telah mula meminta pembangun yang berminat untuk membangunkan aplikasi yang bersesuaian untuk Project Tango, dan sekiranya terpilih ia akan disertakan pada telefon pintar Lenovo ini kelak ketika dipasarkan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lenovo Dan Google Mengumumkan Telefon Pintar Project Tango Untuk Pengguna"