Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Bingeclock – Laman Menunjukkan Masa Yang Diperlukan Bagi Menonton Siri TV Secara Berterusan

Tabiat menonton TV generasi semasa amat berbeza berbanding lima tahun yang lalu. Pelbagai perkhidmatan penstriman mula ditawarkan di Malaysia seperti Netflix, iFlix, Tonton dan Amazon Prime Video. Menonton siri TV sekali harung dan berterusan kini menjadi kebiasaan. Persoalannya ialah berapakah masa yang diperlukan untuk menonton kesemua episod sebuah siri TV?

Jika ini antara persoalan yang memerlukan jawapan bagi anda, anda boleh melayari laman Bingeclock. Laman ini menyenaraikan masa yang diambil untuk menonton siri TV dan filem. Selepas mengetahui masa yang perlu diambil, lebih mudah untuk anda merancang masa tontonan. Sebagai contoh untuk menonton kesemua episod siri anime Dragon Ball Z, anda perlu menghabiskan 7 hari dan 2 jam. Menonton kesemua 16 musim C.S.I pula akan memerlukan 14 hari dan 9 jam kesemuanya. Selamat menonton.

Layari laman Bingeclock



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Bingeclock – Laman Menunjukkan Masa Yang Diperlukan Bagi Menonton Siri TV Secara Berterusan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info