Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Konsep) Surface Desktop – Sekiranya Microsoft Menghasilkan AIO

Ketika Surface Pro 4 dilancarkan Oktober lalu, Microsoft melakukan kejutan dengan turut melancarkan Surface Book. Ini adalah kali pertama Microsoft menghasilkan sebuah komputer riba mereka sendiri. Sambutan terhadap Surface Book adalah di luar jangkaan sehingga stok jualan pertama terjual dalam masa yang singkat. Tidak ramai menyangka Microsoft, sebuah syarikat perisian sebenarnya mampu mereka sebuah komputer riba hibrid dengan rekaan yang bukan sahaja cantik tetapi ergonomik.

Surface-Desktop-3

Ini bermakna Microsoft kini sudah menghasilkan peranti pintar, tablet dan komputer riba di bawah jenama mereka sendiri. Satu-stunya produk yang belum dihasilkan mereka ialah komputer AIO seumpama iMac. Surface Desktop ialah konsep AIO yang mungkin akan dihasilkan oleh Microsoft. Rekaan konsep ini datang dari buah fikiran Aziz BelKharmoudi. Surface Desktop mempunyai skrin LED yang nipis seperti kebanyakan TV LED terkini di pasaran sekarang. Kesemua komponen komputer terletak di dalam kerangka khas merangkap pemegang skrin LED ini. Pembesar suara stereo turut terletak di bahagian hadapan kerangka kompak ini. Tetikus dan papan kekunci tanpa wayar Microsoft melengkap rekaan AIO ini. Kami tertarik dengan rekaan ini. Perubahan yang perlu dilakukan ialah tapak skrin yang lebih besar bagi mengelakkan ianya terjatuh sekiranya tertolak. Jika Apple mempunyai iMac, sudah tiba masanya Microsoft mempunyai Surface Desktop.

Surface-Desktop-2 Surface-Desktop-1



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "(Konsep) Surface Desktop – Sekiranya Microsoft Menghasilkan AIO"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info