Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Jolla Mengumumkan Mereka Gagal Menawarkan Jolla Tablet Kepada Semua Penyumbang

Jolla tidak lama sebelum ini telah memulakan proses mengumpulkan dana untuk pembangunan dan jualan tablet mereka berasaskan Sailfish OS, iaitu Jolla Tablet. Mereka telah berjaya mengumpulkan dana untuknya, dan telah mengeluarkan penghantaran untuk fasa pertama sebelum ini.

MWC 2015 - Jolla Tablet

Terkini, dengan masalah kewangan mereka pada penghujung 2015 yang lepas, dan bergerak kehadapan, pihak Jolla kini mengumumkan mereka tidak akan berpeluang untuk menawarkan Jolla Tablet kepada semua penyumbang.

Walaubagaimanapun, Jolla mengatakan mereka tidak akan membiarkan penyumbang mereka dengan tangan kosong, dan akan menawarkan kejutan kepada mereka.

Daripada pelbagai komen yang dikeluarkan penyumbang pada laman rasmi Jolla, mereka dilihat tidak menyukai perkara ini, dan lebih kepada inginkan wang mereka dipuulangkan kembali kepada mereka.

Dengan perkembangan ini, mungkinkah produk akan datang daripada Jolla (sekiranya ada), ia mungkin tidak menerima permintaan tinggi seperti sebelum ini?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Jolla Mengumumkan Mereka Gagal Menawarkan Jolla Tablet Kepada Semua Penyumbang"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info