Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ICAO Menyarankan Pengharaman Kargo Bateri LiOn Di Dalam Pesawat

Bateri jenis LiOn ialah jenis bateri boleh dicas semula yang paling popular di dunia sekarang. Masalah utama bateri LiOn ialah ianya mudah terbakar apabila berlaku kebocoran dan dihentak dengan kuat. Bahaya bateri LiOn ini hanya mula diambil serius selepas berlaku kebocoran pada bateri pesawat Boeing Dreamliner dan juga pada papan apung yang sedang popular sekarang. International Civilian Aviation Organisation (ICAO), badan di bawah PBB yang bertanggungjawab menetapkan standard keselamatan pengangkutan awam kini menyarankan bateri LiOn diharamkan dari di bawa sebagai kargo di dalam pesawat.

Bateri LiOn IMAG0026

Tahun lalu 30% penghantaran kargo bateri LiOn dilakukan menggunakan pesawat. Bateri LiOn yang sensitif terhadap kepanasan mudah terbakar dan merebak dengan pantas. Sejak 2006, tiga buah pesawat telah musnah akibat kebakaran yang dimulakan oleh bateri LiOn mengakibatkan kematian empat orang juruterbang. ICAO akan melakukan undian bulan hadapan bagi mengharamkan LiOn dari ruangan kargo. Buat masa ini mereka menerima tentangan dari syarikat penerbangan kargo. Yang penting bagi kita sebagai penumpang ialah keselamatan. Diharap pewartaan pengharaman dapat dilakukan segera sebelum tragedi tragis berlaku di masa hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ICAO Menyarankan Pengharaman Kargo Bateri LiOn Di Dalam Pesawat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info