Humble Bundle sering hadir dengan penawaran permainan menarik, dan membolehkan pengguna mendapatkannya pada harga yang sangat rendah. Terkini, untuk tempoh dua minggu ini, mereka bekerjasama dengan pihak penerbit Firaxis dalam menawarkan Humble Firaxis Bundle.
Melalui Humble Firaxis Bundle, beberapa permainan ditawarkan. Penawaran utama yang ditawarkan adalah Civilization, dimana ia hadir dalam pelbagai versi berbeza. Antara yang ditawarkan adalah termasuk Civilization 3,4,5, Sid Meier’s Pirates, Ace Patrol, dan juga XCOM. Pengguna turut boleh memilih wang yang mereka ingin sumbangkan, dan pada harga minima $1 anda akan mendapat XCOM Enemy Unknown, Sid Meier’s Pirates!, Sid Meier’s Ace Patrol Bundle, dan Sid Meier’s Civilization 3.
Ke semua kod ditawarkan melalui Steam. Bagi anda yang berminat, boleh membuat pembelian hari ini melalui Humble Bundle. Promosi ini ditawarkan sehingga 2 Februari 2016 kelak.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Humble Firaxis Bundle Menawarkan Permainan Civilization Dan XCOM"