Huawei telah memperkenalkan jam tangan pintar mereka, Huawei Watch tidak lama sebelum ini, yang mana membawakan rekaan yang digemari dan dipuji ramai. Walaubagaimanapun, ramai yang beranggapan ia tidak begitu selari dengan tangan wanita – dan disebabkan olehnya, hari ini bersempena CES 2016, Huawei memperkenalkan dua jam tangan pintar khusus untuk pengguna wanita.
Dua jam tangan pintar yang diperkenalkan oleh Huawei adalah Huawei Watch Jewel dan juga Huawei Watch Elegant.
Kedua-duanya membawakan rekaan skrin bulat, dan disebabkan mengkhusukan pengguna wanita, ia membawakan rekaan tali jam tangan yang lebih feminin berbanding Huawei Watch.
Kedua-duanya juga turut menjalankan Android Wear, dan pihak Huawei melengkapkan ia dengan 10 watchface khusus untuk pengguna wanita. Huawei Watch Jewel dijangka berharga lebih mahal memandangkan ia turut menyertakan kristal Swarovski bersama-sama dengannya.
Huawei akan memasarkan ia bermula bulan Mac kelak, dan daripada senarai negara yang dikeluarkan, Malaysia masih tidak tersenarai untuk negara terawal menerimanya.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei Memperkenalkan Dua Jam Tangan Pintar Baru Khusus Untuk Pengguna Wanita"