Apabila MacBook 2015 diperlihatkan rungutan terawal adalah penggunaan port pengecasan USB-C. Hanya satu port pengecasan ini disertakan dan ia akan digunakan untuk mengecas dan menyambung pelbagai aksesori kepada MacBook terkini keluaran Apple. Kepada pengguna MacBook sedia ada, ketiadaan fungsi kabel pengecasan magnetik MagSafe pada model ini merisaukan mereka. MagSafe akan mudah tertanggal sekiranya ianya direntak dan sekaligus memastikan komputer riba pengguna tidak akan terjatuh ke lantai.
Kepada pemilik Macbook 2015 ataupun peranti pintar dengan port pengecasan USB-C, kini wujud BreakSafe oleh Griffin. Ianya kabel pengecasan USB-C yang boleh ditanggalkan secara magnetik. Ini memberikannya fungsi seakan MagSafe yang tidak disertakan oleh Apple. Kabel sepanjang 1.8 Meter disertakan dan adalah dari jenis USB-C ke USB-C. Kepada yang mahukan USB-A ke USB-C, malang sekali versi ini tidak pula disertakan oleh pihak Griffin. Harga jualan seutas kabel ini ialah $39.99 (~RM 175).
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Griffin BreakSafe – Kabel USB-C Dengan Sambungan Magnetik Seperti Apple MagSafe"