Sembang Maniac

Sembang-sembang je

BeMalas Menerima Suntikan Dana Daripada DeNA, Fenox Venture Capital Dan RIMU Group

BeMalas merupakan salah satu perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan pekerja rencam – memudahkan para pengguna untuk membuat carian dengan berhubung kepada BeMalas. BeMalas telah memulakan operasi dengan memfokuskan komunikasi SMS pada awalnya, kini turut telah memperluaskan perkhidmatan mereka di beberapa buah negara sekitar Asia Tenggara dibawah nama BeLazee.

BeMalas

Hari ini, BeMalas mengumumkan suntikan dana baru dariapda beberapa pihak, termasuk DeNA, Fenox Venture Capital dan juga RIMU Group.

Suntikan dana ini hadir selepas pihak BeMalas menerima dana pelaburan awal sekitar RM1.9 juta daripada Cradle dan KK Fund pada bulan Julai 2015 yang lepas.

Suntikan dana baru ini dijangka akan digunakan dalam usaha untuk terus mengukuhkan kedudukan BeMalas, selain terus memperluaskan penawaran perkhidmatan mereka.

Pada hari ini, BeMalas mempunyai lebih 30,000 permintaan setiap bulan daripada lima negara berbeza, selain mereka mempunyai beberapa penawaran berbeza yang khusus.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "BeMalas Menerima Suntikan Dana Daripada DeNA, Fenox Venture Capital Dan RIMU Group"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info