Setiap tahun, variasi baru permainan dibawah Call of Duty akan hadir, dan kini pihak Activision Blizzard mengesahkan sebuah lagi permainan baru Call of Duty akan diterbitkan pada tahun 2017 ini. Dan ketika pengumuman kewangan mereka, Activision Blizzard mengatakan Call of Duty untuk tahun 2017 ini akan “kembali ke asal”.
Ia berkemungkinan bermaksud yang mana permainan Call of Duty untuk tahun ini tidak akan menggunakan latar masa dunia sains fiksyen, sebaliknya mungkin mengambil latar masa selepas perang dunia – seperti beberapa tahun sebelum ini.
Call of Duty untuk tahun 2017 ini akan dibangunkan oleh Sledgehammer Games, dan ia mungkin akan diumumkan pertengahan tahun ini – dengan tarikh pelancaran sekitar penghujung tahun.
We’re honored & excited to bring this year’s @Callofduty to fans everywhere! It’s our biggest achievement as game makers. Much more to come.
— Sledgehammer Games (@SHGames) February 9, 2017
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Permainan Call of Duty Untuk 2017 Akan Kembali Ke “Asal”"