ShutterStock merupakan penyedia gambar stock yang boleh digunakan pada penerbitan – selain memudahkan para jurugambar menjana pendapatan dengan menjual rakaman mereka. Terkini, sebagai salah satu usaha mempromosi hasil rakaman gambar, ShutterStock turut memperkenalkan sebuah pemalam baru untuk Google Chrome, dinamakan sebagai ShutterStock Tab.
Melalui pemalam ini, ia mengubah paparan halaman tab baru pada Google Chrome. Kini, setiap kali anda membuka tab baru, anda akan diperlihatkan dengan sebuah gambar baru yang cantik, selain turut diperlihatkan dengan masa dan keadaan cuaca semasa. Pengguna turut boleh memilih untuk memaparkan laman web yang sering dikunjungi mereka ataupun tidak – serta mengubah beberapa perkara pada halaman tab baru mereka.
Gambar yang dikeluarkan adalah rawak, dan ada ketika, kami menggunakannya dan hanya membuka tab baru untuk melihat gambar baru yang dipaparkan.
Bagi anda yang sering menggunakan Google Chrome, mungkin anda boleh memberikan nafas baru untuk halaman tab baru anda dengan menggunakan pemalam Shutterstock Tab ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ShutterStock Tab Membawa Gambar Yang Cantik Untuk Tab Baru Di Google Chrome Anda"