Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Selepas MAB Dan Malindo, Kini AirAsia Turut Mengharamkan Papan Apung Pada Penerbangan

Sebelum ini, Penerbangan Malaysia Berhad dan juga Malindo Air, masing-masing telah mengharamkan peranti berbentuk pengangkutan yang dijana menggunakan bateri berasaskan lithium – terutamanya hoverboard atau papan apung.

Xiaomi Ninebot Mini

Melalui apa yang diumumkan oleh AirAsia, mereka tidak akan membenarkan papan apung pada penerbangan mereka bermula 30 Disember 2015 – sama ada untuk dibawa masuk dalam kabin, ataupun sekiranya ingin mendaftar masuk ia ke ruang kargo.

Dengan pengharaman ini, selain daripada hoverboards, yang lain yang terlibat adalah termasuk mini-Segways, skuter elektronik, airwheel dan beberapa peranti seumpama lain.

Pengharaman ini dilakukan untuk mengelakkan berlakunya sebarang kebakaran pada penerbangan yang boleh memberikan impak kepada ratusan penumpang lain.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Selepas MAB Dan Malindo, Kini AirAsia Turut Mengharamkan Papan Apung Pada Penerbangan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info